Rabu, 14 Agustus 2013

IBU AJARIKU MEMILIH JODOH

Bu, ajari aku bagaimana cara untuk memilih calon pendamping hidup. Karena aku tak mau salah memilih." Anakku , dengarlah. Engkau jangan memilih lelaki hanya karena tampannya. Karena kelak engkau akan kecewa ketika ketampanan itu telah memudar. Jangan pula engkau memilih lelaki yang kaya raya. Karena kelak engkau akan menyesalinya ketika engkau mulai tak dianggap karena kemiskinanmu. Jangan pula engkau memilih lelaki yang banyak dikagumi wanita. Kelak engkau akan kecewa begitu ia berpaling darimu dan memilih yang lain." Lalu aku harus memilih karena apanya Bu?" Pilihlah ia karena Agamanya. Pilihlah ia karena akhlaknya. Dan pilihlah ia yang mau menerima kekuranganmu. Bukan karena kelebihan yang ada padamu." Terus aku harus berusaha bagaimana untuk mendapatkan pendamping yang demikian Bu?" Teguhkan keimananmu. Perbaikilah akhlakmu. Tuluskan niatmu semata-mata karena Allah. Lalu jika hari itu telah tiba, terimalah pemuda yang berani melamarmu. Setidak-tidaknya ia telah punya niat baik kepadamu. Bukan ia yang suka menggodamu. Bukan ia yang hanya mengajakmu untuk dijadikan pacarnya. Namun Karena keinginannya menjaga kesucian cinta. Kau tentu boleh memilih. Namun ingatlah, jika engkau alihkan cintamu pada harta, ketampanan maka kelak engkau pasti akan kecewa. Kerana bisa jadi itu hanya topeng Ada lagikah Bu?" Istikharahlah. Jika pilihan hatimu sudah mantap kepadanya, ajaklah ia segera menikahimu nak. Karena itu adalah sebaik-baik penawar fitnah.Insyaallah engkau akan merasakan kebahagiaan karena telah memenangkan Allah dalam pilihanmu. Railhah cinta bersamanya. Kelebihan yang ada padanya akan membuatmu tersenyum bahagia. Akan tetapi sebaliknya, kekurangannya akan menjadi benih-benih cinta diantara kalian. Karena kalian tercipta untuk saling mengisi. Saling melengkapi. Saling memperbaiki akhlak. Semangati langkahnya. Kokohkan semangat juangnya. Arungi bahtera rumah tangga kalian dengan senyum ceria. Kelak jika sudah diberi amanah oleh-Nya, didiklah anak-anakmu untuk menjadi pejuang yang setia pada cinta yang Mulia. Lahirkan keturunan yang kuat tauhidnya, mulia akhlaknya, kokoh imannya. Kelak, ibumu ini akan merasa sangat bahagia menimang cucu seorang pejuang sejati."

19 TIPS CINTA UNTUK SUAMI ISTERI..

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. 2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir. 3. Walau sesibuk mana sekali pun,luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. 4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. 5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama karena pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. 6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. 7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. 8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. 9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi. 10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. 11. Amalkan Sholatkan berjemaah semasa di rumah berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. 12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami. 13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu,memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang kita tahu pasangan pasti menyukainya. 14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting,ceritalah sesuatu yang kelakar,teka teki atau apa sahaja yang membolehkan kita ketawa bersama. 15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. 17. Apa sahaja masalah yang timbul,berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. 18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan kita mencapai matlamat tersebut. 19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.